Hati-hatilah, anak itu cerminan ibu bapa


I am so thankful I can still hold on to the feeling I had of the seminar by listening to ustazah’s audio CD. Rasa macam dalam hall lagi, mengutip mutiara kata ustazah.

What I listen to this morning:


Suasana Hati Kita

Ibu bapa, apa yang kita beri, suasana hati kita, sangat mempengaruhi hati anak-anak. 
Hati kita yang lembut dengan anak, hati yang penuh kemaafan, penuh dengan kasih sayang.

Kita tengok anak kita yang menyakitkan dengan kita, tapi hati kita lembut untuk cakap dengan baik, untuk maafkan dia, kelembutan kita itu akan terbias pada hati anak-anak. Akhirnya suatu hari anak akan tengok, masyaAllah, dia akan nampak, Ibu dia ada satu kawalan diri yang sangat hebat, yang sungguh mahal harganya jiwa ibu nya itu.

Ibu yang istiqamah berlembut hati, dengan bacaan al-quran, selawat.

Apabila berjumpa dengan anak, dengan renungan mata kita - aura itu sampai pada anak, akan bancuh balik jiwa anak-anak tersebut.

Kini, ada ibu bapa yang tengok anak pun tak sempat. Balik rumah, sambil mencari-cari kunci dalam bag, bagi arahan, “haa solat, solat”. Di meja makan, menghadap anak, tetapi sibuk dengan telefon. Apatah lagi untuk merenung, membelai anak-anak dengan kelembutan. Diberitahu juga kisah kawan ustazah seorang pendakwah yang anaknya ramai, katanya apabila dia di rumah, hampir tiada masanya untuk dia berseorangan berehat, kerana setiap minit akan bergilir-gilir anaknya dipeluk dipangkuannya. Itulah waktu rehatnya. Bagaimana hendak terasa aura ibu bapa, jika melihat anak pun tak sempat?


Anak-anak cerminan Ibubapa

Kita sering melihat anak-anak yang ‘berbuat perangai’ di kedai. Mengamuk nak kan sesuatu sehingga dia dapat. Memang sakit sungguh hati ibu bapa. 
Sebenarnya, secara sangat halus Allah menyindir si ibu. Kita jengkel  tengok anak buat perangai macamtu, sebenarnya kita macam tu lah. Kita pun sama. Apa sahaja yang nafsu kita nak, kita akan pastikan nafsu tu dapat. Bukan dengan cara tergolek-golek di kedai lah, tetapi, apa yang nafsu kita inginkan, kita akan ikhtiar juga sehingga dapat, dengan cara kita, sehingga nafsu itu dituruti. *gulp*
Suatu hari, bila kita dah boleh kawal nafsu kita dengan baik, mujahadah dengan baik, kita tengok, anak kita pun dah pandai kawal dirinya.

-------------------------------------------------------------------------------------

I also remembered one thing Prof Muhaya said in relation to this.

"Apabila pesakit saya yang datang ke klinik, datang sekeluarga ibu ayah dan anak-anak, dalam masa 5 minit berjumpa dan bercakap dengan mereka, saya sudah tahu, dalam masa 25 tahun, ibu ini lah yang akan telefon IKIM dan tanya, “ustaz macamana nak buat ni ustaz, anak saya degil, tak nak solat..” Kerana, dari pakaian si ibu yang tak menutup auratnya, dari percakapannya. Itulah buah hasil dia akan dapat 25 tahun akan datang."

It is a daring statement, but it came from someone with a lot of experience for sure. 

This is for me too, for all of us, anak-anak kita nanti, akan membesar sebagaimana dia lihat kita berkelakuan, dan dalam hatinya, terbias apa yang dalam hati kita. Subhanallah.

Maybe I can relate a bit. Kakak is that stage where she doesn’t allow anybody to speak except to her. Whenever her abi and I speaks, she will speak too, louder and louder to the point of shouting, it does not matter what she’s saying, until we pay attention to her. Usually we have to ask for her permission to speak to one another. Or more usually I will scold her to stop shouting. (tak sabar T.T)

Looking more carefully now, that is probably me. 
Always wanting attention from Abi when I speak. I will get mad when he interrupts with things other than what I am talking about (Tiba-tiba tengah best cerita, he'd say, “Yang, tolong ambil tu” and I’d be so annoyed – terukkan?)
Always wanting attention from Abi all the time. I will feel that tiny bit (err usually a lot) of jealousy when he is doing other things like watching TV or spending time with his brother (who lives with us) lama-lama. Sampai macam tu sekali! 

And ta-daa, that is Kakak’s currently only annoying habit. Subhanallah, Allah nak tunjuk.

And so this is my mujahadah. Not to correct Kakak, but to correct myself!

--------------------------------------------------------------------------------

Another peringatan from Ustazah which keeps  playing in my mind is:

“Anak-anak ini, dia tak jadi ingkar, jauh dari Allah dalam sekelip mata. Tidak. Jika suatu hari di usianya 14 tahun kita dapati dia liat untuk solat, percayalah, itu bukanlah pertama kali dia tidak solat. Bukan tiba-tiba dia tidak mahu solat. Akan tetapi, itu adalah buah hasil dari bertahun-tahun akidah yang longgar. Yang kita tidak awasi. Dalam perjalan hidupnya, jikalau ada walaupun satu tempoh seperti satu tahun yang kita lalai dari menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa, dek kerana sibuk dan sebagainya, awas lah, suatu hari nanti, itulah hasil yang kita akan dapat.”

This is what scares me, and motivates me, to turn on Quranic verse for them, or at least cerita kan satu kisah nabi, or read aloud doa nak jadi anak solehah to them, every night. The few precious hours I have with them.

Aku takut Ya Allah, aku tak mahu jadi ibu bapa yang lalai. Even terlalai terlupa sekejap pun anak-anak boleh hanyut dalam dunia ni. Dalam masa yang sama kena sentiasa tengok balik hati kita. Sebab orang tak tahu, tapi Allah tahu.

Aku yang tidak punya apa-apa ini.

Wahai Allah, Tuhan Yg Maha Hidup,Yg Maha Menguruskan Segalanya, dengan rahmatMu aku merayu pertolongan. Perbaikilah segala urusan hidupku dan janganlah Engkau serahkan diriku pada aku sendiri walau sekadar sekelip mata.

3 comments:

Lizenz Flugzeugingenieur 5 March 2013 at 06:24  

Alhamdulillah bagusla cara madam, kepimpinan menerusi teladan dan tauladan, bolehla saya membuat persediaan awal :)

Ummu Thahirah 5 March 2013 at 17:10  

Cara dan teori tu blh dicari dimana-mana bagi yang nak mencari, tapi nak istiqamah tu yang payah kan? InsyaAllah dalam apa saja, ilmu dan amal tu saling berkait. Lagi banyak kita cari ilmu, insyaAllah lagi senang amal tu nak menjadi. Jadi jom kita terus sama-sama cari ilmu ye ^^ p/s: Mental and spiritual preparation mmg kena buat dari skarang!! mdm doakan amirah skrg jgk! ^_^

lyzsmktls 5 February 2014 at 20:41  

terima kasih atas perkongsian...

Post a Comment

Blog contents © A Place To Call Home 2010. Blogger Theme by NymFont.