Tarbiyatul Aulad #2

Assalamualaikum,

This is more of a note to myself. 
Almost everyday, I would realize my lack of knowledge in so many things, which does not only cause me so many disadvantages :( but even worse, can cause irreversible damages later. Why is this so?!
As our children main source of knowledge (at least before they start schooling, and early years are vital in shaping understanding), we are suppose to equip them with the right understanding of what it means to be a muslim. Tarbiyatul aulad, this is.
It no longer means knowing what is fardhu ain and what is fardhu kifayah anymore. In my current very limited understanding, the difficult yet vital part is providing the essence to every act we are ordered upon. The 'why-s' yet at the same time obeying regardless of whether we know the why-s (as some are kept secret/unknowing).
In a world so full of confusion nowadays, it will not be as easy as providing PAFA books like we had in our chilhood days. God knows how confusing it was to us even then.
But yet some of us grew to be so understandingI believe it is hugely the tarbiyatul aulad they received, even at a time where people have not heard of the term tarbiyatul aulad. Everyone grows up with their own heartaches, but having that small amount of extra understanding protects teenagers from so  much of heartaches, and mistakes. And now it is our turn. To prepare and guard our beloved sweethearts from that confusion, heartache, mistakes, and pain.
And as I said, its irreversible. Once they reach a certain age, some things can no longer be shaped. And it makes things so difficult.

Having children at 2, 3 years old, there's still time. This is a space for me to collect THINGS I HAVE TO KNOW by the time my children reach mumayyiz age (being able to differentiate right from wrong).
Lets try our best, dear Ummi, mama, mummy.. to be that knowledge bearer.
And let's not forget, it IS our responsibility. Something we will be asked about in not a too distant future.

A part of my fav song.
Isteri cerdik yang solehah
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

:: Puasa ::
Sempena bulan Ramadhan ini, banyakkan bercerita tentang puasa, puasa yang berbeza mengikut agama, puasa nabi-nabi yang berlainan, fadhilat puasa dan ganjarannya, puasa dari segi sains, puasa dan manfaatnya pada tubuh, ibadat khusus dalam bulan puasa dan sebagainya. Niatkanlah untuk menambahkan ilmu mereka tentang puasa. Jangan kedekut ilmu pada anak sendiri. Apa yang kita tahu, kita simpan untuk diri sendiri. Untuk mereka, kita katakan puasa itu adalah waktu sahur, sahur, tahan lapar, tahan dahaga dan last sekali waktu buka.. buka puasa. Sayangnya jika tidak mengambil kesempatan ini.. 

Menanam Akidah Anak Part 1&2

Enjoying semester break now, I hope I manage to use some free time in a beneficial way. 

Here are excerpts of Akidah dalam Rumahtangga Muslim (Part 1&2). 
Of course, you need to listen to the talk to experience what I experienced as I wrote this down. Plus the fact that its taken from a conversation, some words might be repeating and not very smooth to be read. Bear with me ye!

Bismillahirrahmanirrahim.

Apakah itu Akidah? 

Dalam Surah Ibrahim ayat 24, Allah telah buat perumpaan yang sangat-sangat indah dan mudah untuk difahami perbandingannya.


Apakah kamu tidak melihat Allah mendatangkan sebuah perumpamaan bahawa kalimah yang baik itu umpama pokok yang sangat indah, di mana akarnya sangat teguh tertanam di muka bumi, adapun cabangnya terus naik sehingga ke langit. Pohon yang rendang ini sentiasa menurunkan /memberi buah-buahan hasil makanan dengan izin Allah dan Allah mendatangkan perumpamaan ini kepada manusia, mudah-mudahan manusia berfikir. Dan Allah mendatangkan perumpamaan kalimah yang jahat dan buruk itu sepertimana pokok yang sangat buruk malah tercabut akar-akarnya di permukaan bumi dan tidaklah ia berdiri teguh.

Kalimah yang dimaksudkan disini ialah kalimah tauhid,  ‘Lailahaillallah’, yakni akidah.
Kita seringkali menyebut kita ingin agar diri kita, anak-anak kita, menjadi orang yang menyumbang, berbuat baik, bermanfaat pada orang lain. Tapi apa sebenarnya yang menjadi akar yang paling teguh untuk menjadikan kita dan anak-anak kita sebagai manusia yang bermanfaat pada orang lain? Akar yang paling utama ialah akidah dalam hati kita. Sepertimana perumpamaan yang Allah beri, keteguhan akidah dalam hati anak-anak inilah yang akan menjadikan seorang anak itu bagaikan pohon rendang bermanfaat untuk orang lain, serta menurunkan buah-buahan yang yang manis untuk orang lain. Manakala kelemahan akidah tauhid seumpama pohon yang tidak berbuah, kalaupun berbuah memberi buah yang busuk, akarnya tercabut, itulah anak kita ditengah masyarakat. Dikala kita hilang sesuatu mana mungkin kita boleh memberi pada orang lain.

Menanam Akidah Sejak Kecil?

Tanamlah akidah sejak dari kecil lagi, kerana fitrah anak kecil masih murni, dan fitrah manusia adalah fitrah ketuhanan, fitrah mengaku Allah itu Tuhannya. Maka senang hendak ditanamkan akidah.
Namun menurut Imam al-Ghazali, menanam akidah ini perlu pada bentuk penghuraian dari al-Quran dan hadis, ia adalah pendekatan yang lebih baik dari kita fikir cara kita sendiri.

Contohnya di waktu hujan, atau di masa anak kita sedang dalam kesusahan, kita boleh menceritakan ayat Allah ini, Surah An-Naml ayat 59 onwards.

Bincang dengan anam-anak dalam bentuk pertanyaan. “Tengok anak-anak langit dan bumi, siapa yang buat ni? Siapa yang turunkan hujan, yang tumbuhkan pokok?” Pastinya anak-anak akan menjawab, “Allah..” Lalu kita bertanya lagi, “Ada orang lain/benda lain tak yang boleh turunkan hujan bila-bila masa, boleh tumbuhkan pokok, buat gunung ganang?” Sudah tentu mereka kata "Tidak..". Dan disinilah kita sambung, “Tapi, walaupun semua orang tahu Allah yang buat semua ini, Allah tumbuhkan pokok, Allah cipta segala-galanya, masih ramai yang ingkar pada Allah. Tak nak mengakui kebesaran, dan patuh tunduk pada suruhannya. Mudah-mudahan kita tak jadi orang macamtu.”
Kesimpulannya, tengok pada method mengajar dalam al-quran, antaranya bertanya dan menjawab.

Lima Perkara Dasar dalam Menanam Akidah Anak-anak Dari Kecil

Tarbiyyah akidah anak-anak adalah terbaik ditanam dari kecil. Ini adalah manhaj (manhaj menurut bahasa ertinya jalan yang jelas dan terang) Rasulullah dalam mendidik anak-anak.
Sekurang-kurangnya ada lima perkara dasar dalam menanam akidah anak-anak:
1. Menanam kalimah tauhid ‘lailahaillallah’
2. Menanam rasa cinta pada Allah, rasa diawasi olehNya, tempat meminta pertolongan, dan beriman pada ketentuan qadha dan qadarNya
3. Mencintai nabi dan keluarganya
4. Mengajar al-quran
5. Menanam akidah yang   kuat dan kesanggupan berkorban kerana akidah tersebut

Kaedah Mendidik Anak-anak Dengan Akidah Mengikut Cara Rasulullah

Point #1  (1) Beri hafalan/hafazan - sangat penting, antara fungsinya ialah latihan untuk mudah ingat. (2) Beri kefahaman ayat itu (3) Tanam keyakinan pada ayat itu.
 – kefahaman sebenar pada hafalan itu akan datang kemudian masa dia membesar. Yang penting ajar hafazan dahulu.

1. Tanam Kalimah Tauhid
Ajar Rasulullah saw pada anak-anak kaum Bani Hasyim, “Ajarkan kalimah ‘lailahaillallah’ sebagai kalimah pertama seawal pandai berbicara dan tentukan mereka menyebutnya ketika mati,”.

2. Hafalan ayat Quran/hadis Nabi
Suatu kisah yang sangat besar implikasinya dalam didikan anak-anak:
Rasulullah pernah mendatangi seorang budak kecil, Abdullah ibnu Abbas r.a. dan berkata “Wahai anak kecil, mari aku ajarkan kamu beberapa perkataan,
Ihfazillah Yahfazka
“Jagalah Allah, Allah akan menjagamu”
Maksudnya, “Kamu jagalah Allah, pelihara hak Allah, titah perintah Allah, Allah akan pelihara kamu sepanjang hidup kamu.”

Benar, bila kita mula berlonggar dengan arahan Allah, mula buat sedikit demi sedikit maksiat, lama-lama akan terbuka pintu maksiat yang lain, makin jauh dari Allah dan mengikut nafsu. Orang yang tidak sungguh-sungguh jaga hukum Allah, dia akan terlepas dari jagaan Allah (merosakkan diri sendiri)
Kebenaran amalan ini dirasakan sendiri oleh ustazah. Pernah suatu ketika, dalam perjalanan pulang dengan anak nya, dalam jam 2 petang, ustazah bimbang jalan mungkin agak jam lalu mengajak anaknya berhenti solat di R n R, namun anaknya berkata sempat ni solat dirumah. Selepas memujuk dan dalam keadaan tidak bersetuju ustazah bawa juga anaknya berhenti solat. Selepas solat mereka singgah di suatu kedai dan ketika anaknya melintas jalan berseorangan  ke keretanya dalam keadaan nak hujan ribut, anaknya nyaris-nyaris dilanggar lori. Sungguh-sungguh ustazah ingat anaknya dah dilanggar, tetapi tidak. Dalam keadaan pucat, anaknya masuk kereta dan berkata, “benarlah Ummi, Ihfazillah Yahfazka. Kita jaga hak Allah, solat, Allah pelihara kita.”
Subhanallah, kita sebagai ibubapa, hanya boleh mengajarkan dan suruh hafaz, makna nya kelak akan Allah ungkap sedikit demi sedikit.

3. Ajarkan Sirah Nabi
Ada suatu cerita oleh seorang ulama Abu Hasan An Nasai, cerita bagaimana dia sangat cinta membaca cerita, sirah-sirah nabi semasa kecilnya, di umur 9 tahun dia sudah terlalu ingin mendapatkan buku-buku sirah dan tidak puas membacanya, sehinggakan ibunya sanggup bergadai harta semata-mata untuk membelikannya buku sirah Nabi. Dan di usia sekecil itu sungguh selalu air matanya berderaian ketika dia membaca cerita Nabi, dan berasa seolah-olah dia berada bersama Rasulullah saw dan sahabat-sahabat baginda setiap kali membaca, dan begitulah dia membesar sehingga menjadi seorang ulama yang hebat. Melalui cerita-cerita sirah dan peribadi Nabi dia menjadi sangat cinta pada Nabi. Sudah pasti semua manusia juga begitu, atas rahmat mulianya peribadi Nabi. Namun kita sekarang, sudahkah kita tanam rasa cinta kepada Nabi pada anak-anak kita dengan menceritakan tentang nabi? Sungguh benar, tak kenal, maka tak cinta. Kita tidak akan dapat merasai kemanisan hubungan Nabi dengan kita, umatnya yang baginda Nabi amat cintai, selagimana kita tidak mendalami sirahnya dan ‘mengenalinya'. 
Sewaktu anak kita masih kecil ini, kita masih mempunyai masa untuk memulakannya. Mana mungkin kita dapat alirkan rasa kasih itu sekiranya kita sendiri tidak merasainya, kerana kita tidak cuba menghayatinya. Action plan : dapatkan satu buku sirah, dan luangkan sedikit masa setiap hari. Kalau satu hari 2 muka surat pun, dalam 2 tahun, by the time anak berumur 4/5 tahun, kita telah bersedia untuk mengisi mindanya dengan kisah-kisah mulia hidup Rasulullah saw, ahli keluarga dan sahabat baginda. Betapa beruntungnya kita dibandingkan dengan ibu-ibu yang sudah ada anak remaja yang sudah mula liat hatinya (seperti kita dahulu) kerana tidak di biasakan.

Lain-lain kisah

Sahabat Nabi Amru berkata kepada isterinya, “Janganlah kamu susukan anak seperti binatang yang menyusukan anak, yang didorong oleh rasa kasih pada anak-anak, akan tetapi, susuilah anak dengan mengharap pahala dari Allah dan agar dia hidup melalu penyusuanmu itu sebagai hamba yang mentauhidkan Allah dan menyembah Allah.”
Susukan dia dengan doa, niat, harapan bahawa hidupnya itu sentiasa untuk mengabdikan diri kepada Allah.
Sangat terasa dengan kata-kata ini!

Sabda Rasulullah, “Janganlah kamu angkat rotan terhadap keluargamu tapi tanamkanlah rasa takut kepada Allah pada diri mereka.”

Soal-jawab : Ibu senang hendak marah, bercakap kasar

Nabi telah menggariskan sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pendidik (ibubapa/guru):
1. Tabah dan sabar
Sabda Nabi : “Sesungguhnya pada dirimu ada dua sifat yang amat disukai Allah yakni sabar dan tabah” (Imam Muslim)
2. Lemah lembut dan tidak kasar
Sabda Nabi: “Allah itu Maha Lembut dan suka terhadap kelembutan dalam segala urusan”
3. Hati yang Penyayang
4. Mengambil yang paling ringan dari dua hal selagimana hal itu tidak berdosa
5. Lunak dan flexible
6. Menjauhi sifat marah 
- ustazah berpendapat, jika kita mempunyai sifat marah, sebenarnya ada sesuatu pada persekitaran, tekanan tak menentu yang menyebabkan kita mudah naik darah. Ambil masa sekejap dari rutin harian untuk berfikir punca marah kita ini dan bagaimana penyelesaiannya.
Apabila kita marah, sebenarnya apa yang kita nak sampaikan pada anak itu tidak akan sampai. Psychology anak-anak memang macamtu. Jadi mesej kita tidak sampai. Bagaimana untuk tahu marah yang baik atau tidak? Marah yang tidak baik akan mendatangkan keluh-kesah pada kita, penyesalan yang kita sudah berlebihan dalam memarahi. Manakala marah yang baik, yang terkawal akan membuatkan kita rasa kita sudah tunaikan hak yang sepatutnya (tidak menyesal).

Latihan untuk kawal marah?
Ingatkan diri kita bahawa apa yang kita nak pada anak-anak tidak akan sampai bila kita marah. Kerana bila kita tidak boleh kawal diri sendiri (bila kita marah berlebihan kita akan kelihatan seperti orang yang tidak dapat mengawal diri) mana mungkin kita boleh kawal orang lain. Anak-anak yang lebih besar akan nampak kenyataan ini dan menyebabkan mereka hilang respect dan teguran/marah kita itu tidak akan terkesan. 
Sokongan pasangan dan juga anak-anak. Pesan pada suami  supaya tegur kita bila kita marah pada anak-anak. Begitu juga pesan pada anak-anak “Ummi sebenarnya tak suka marah-marah. Bila ummi marah, tolong ingatkan ummi ‘ummi, nabi kata la targhab, la targhab, la targhab (jangan marah)’

Penutup

Buat ibu muda, ustazah berpesan. Imam al-Ghazali dalam kita Ulumuddin menceritakan bagaimana dia ketika kecilnya sering melihat ayah saudaranya bangun solat malam. Pada usianya 3 tahun, ayah saudaranya itu bertanya padanya, “macammana nak ingat Allah” lalu ayah saudaranya mengajarnya "setiap malam sebelum kamu  tidur kamu katalah begini, bukan kata dengan lidah, tetapi katalah dalam hati, “Allah bersamaku, Allah memperhatikanku, Allah menyaksikanku,” tiga kali sebelum tidur." Pada waktu ini imam al ghazali cuma 3 tahun! Dan seterusnya ayah saudaranya menyuruhnya mengulanginya 7x bila dia besar sedikit. Dan kata Imam Ghazali sehinggalah dia besar mengamalkan ini dan dia rasa kemanisan setiap kali dia mengatakannya sehinggalah dia mati.
Sebenarnya anak kecil amat gembira bila kita mengajarkannya sesuatu yang baru, dan akan bertanya-tanya lagi, “Allah bersamaku, Allah apa lagi ummi-?” Begitu seronok dan terujanya mereka. Apatah lagi bila kita sertakan dengan kata pujian dan sayang.
Salah kita sebenarnya kerana kita tidak memprogramkan anak-anak dengan manhaj Allah, sedang kita sudah tahu kesyumulan, betapa perfectnya, islam, dan bagaimana ianya tanggungjawab kita untuk membentuk mereka! Tinggal lagi.. kita perlu mencari ilmu mengenainya, istiqamah dan bersabar dengannya, dan doa yang tidak putus, kerana janganlah kita pudar sedikit pun keyakinan pada makbulnya doa seorang ibu.
..Ya Allah, permudahkanlah kami.

"...sangat sedikit mereka yang dapat melakukannya."

"Ketika turun ayat ‘walladzina yaknizuna… (orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak menafkahkannya di jalan Allah), kami sedang bersama Rasulullah saw dalam suatu perjalanan. Lalu, sebagian dari sahabat berkata, “Ayat ini turun mengenai emas dan perak, sedangkan kami tiada memilikinya," Rasulullah saw kemudian bersabda,

“Mahukah kamu aku beritahu harta yang lebih berharga dari emas dan perak? Yang lebih berharga dari emas dan perak, ialah lidah yang berdzikir, hati yang bersyukur, dan isteri solehah yang akan membantu seorang mukmin memelihara keimanannya.” (riwayat Imam Tarmizi)

Kita, isteri, adalah harta simpanan terbaik seorang lelaki. Namun syaratnya.. isteri yang solehah.
Isteri solehah?

Sabda Rasulullah saw, “Harta simpanan terbaik seorang mukmin ialah isteri solehah. Mereka yang apabila kamu memandangnya kamu berasa gembira, apabila kamu menyuruhnya dia mentaati, dan diwaktu ketiadaanmu, dia memelihara maruah dirinya bahkan hartamu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim)

"Takkan itu je, susah sangat ke nak taat pada suami?"
Bagi yang sudah berumah tangga, kita tahu ia bukan perkara yang mudah. Bilamana taat bererti mematuhi apa sahaja yang dikatakan suami selagimana ia makruf, sehinggakan sabda Nabi,

“Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada seseorang manusia, nescaya aku akan suruh perempuan sujud kepada suaminya.” (riwayat Imam Tirmizi, hasan sahih, Ibnu Hibban, sahih)

Kenapa ya susah? 
Kerana suami juga manusia, punya tabiat, perasaan, karakter. Kita panas baran, suami lagi panas baran.. jadi, sama-samalah berperang. Suami ada pendapat, tapi kadang-kadangkan, pendapat kita lagi 'betul'? Memang bukan mudah nak taat pada suami, tetapi inilah yang Allah suruh.

Ustazah berikan satu petua : Taat pada suami jangan lihat pada siapa suami kita. Kita akan berkata "Ustazah, biar betul, nak kena buat air, nak kena layan dia semua, padahal, Ya Allah perangai dia, menyakitkan hati."
Tapi kita letak, taat pada suami bukan kerana batang tubuh suami tersebut. Suami kita itu seorang manusia, seorang hamba Allah, yang tidak sempurna, makin lama kahwin makin banyak 'istimewaannya', 
Tapi kita letakkanlah.. 'ketaatanku pada suamiku adalah kerana untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.'. Sebagai laluan, peluang kita. Soal siapa suami tu nanti dulu. Kena jelas, "Saya mentaati suami saya bukan kerana apa-apa, kecuali kerana mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita untuk bertanya kepada mu. Sesungguhnya mereka mengeluh, bilamana seorang lelaki dikurniakan Allah untuk pergi berjihad,  pahalanya sungguh banyak sekali. Bilamana terkorban, mati syahid. Bagaimanakah pula dengan kami yang ingin juga mendapat kurniaan sebegitu besar?" Jawab Baginda Nabi saw, "Sampaikan ini kepada kaum wanita yg bertanya. Taatlah pada suami mu, dan iktiraflah hak yang ada pada suami mu, sesungguhnya pahalanya bersamaan dengan pahala jihad di jalan Allah. Akan tetapi, sangat sedikit mereka yang dapat melakukannya." (HR Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

- Taken and editted from kuliah Ustazah Norhafizah

Note : Atas rahmat Allah, sungguh banyak rahmat kasih sayang yang Allah tumpahkan pada suami isteri. 
Firman-Nya yang bermaksud, "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." 
(Surah al-Ruum, ayat 21).

Walaupun kadang-kadang geram macam mana pun, perasaan kasih dan sayang tu sentiasa melimpah ruah.
Jadikan ia senjata untuk kita jihad TAAT ini.
Jadikanlah diri kita, dan anak-anak perempuan kita, khazanah terbaik atas muka bumi, bukan pada pandangan suami, tetapi pada pandangan Allah!

Her Current Obsessions

How amusing it is to see which toys attract your child and which kind does not.. even more amusing when it is something so simple and cheap! Quite subjected to gender, girls are less likely to be attracted to uhh, cars and tricycles, and are more attracted to colourful playthings. These are some of the simple things yet are much loved by our then not-yet-2-year-old daughter, and now, at 2-years-2-months old.

1# Before two years old



Yup, its the small plastic storage drawers you can find in most supermarket, multipurpose, something I got as a gift. Looking for something for her to play with one day, I put that in front of her, together with some random objects, brooches and such. She called it rumah and was instantly hooked up with it. Pulling out the drawers, taking the stuff out, and pushing it back in. Then repeating the process on other drawers. Sometimes talking to herself. Totally fascinating to see her! Then we got the idea of putting IKEA hand puppets (10 cute animal puppets for RM20), one in each drawer and called it their rumah. Now, together with other small figurines/toys, it becomes a great toy storage as well, everything nicely sleeping inside, as she calls it, after every play session! Its amazing how something so simple and cheap can be something she enjoys so much. The drawer is priced at just RM 15 at Mydin. Of course, after a certain age limit/some time one gets bored of it :)

2# Two years until now 





PlayDoh! Hihi, this was the case of the Ummi yang tak sabar-sabar nak main. Obviously with the colourful, soft, and wonderfully smelling, soft dough, its a delight. And it comes with the small container, a very convenient storage. Unlike plasticine it does not stick to the hand and is much much easier to collect after playing. But being a 2-year-old, with limited motor skills, we need to play with her or she'll get frustrated sebab tak boleh buat objects sendiri. So after some thinking, I bought these cheap cookies cutter, and she happily plays on her own. Although she always say, "Ummi duduklah sini main", patting the space beside her. And she would continue with "Duduklah sini betul-betul" if I don't bersila next to her nicely. PlayDoh is priced at RM30 for 10 colours (like in the picture) at ToysRUs, and the cookie cutter at RM2.90 for 10 objects. And yeah its better to play on the small japanese/children table as it might stick and slightly stain tables and carpets. This is still her favourite - tiap tiap hari nak main!
p/s: Actually 'cookie cutter' is also sold (separately) with PlayDoh, but of course mahallah kan. Cookie cutter biasa ni can be found so easily at any bakery/supermarket, and the function is the same. Double satisfaction kalau can have fun without paying extravagantly for it kan! hihi.

3# Two years until now 


Eva puzzle mat. I suppose this is a common plaything for toddlers. At one point  (probably after I pester her with ABC) she seems bored of anything that resembles ABC. So I was really happy when she seems to love this mat! We bought it at Tesco at RM22 per set of 24 pieces. She had so much fun putting the letters in and out as well as us building 'houses' for her to go in, buat pintu tingkap semua. So much so we bought another set (tiba-tiba dah jadi RM27 kat Tesco, huhu, tension) so that we can build a bigger house! And she is suddenly interested in ABC again.

The thing is, it delights me to no end when she enjoys something because she has this whole big box of toys collected from birth yang dia lansung tak nak pandang dah! She has a real boleh duduk dalam car, tricycle (presents from others), teddy bears, miniature cars, masak-masak, banyak lagilah, things which doesn't seem to interest her much, if at all. Which is why I so appreciate the things she loves! I belief each child will have their favourite, but with simple and cheap things like these, less risk of wasting money! Plus the simple things are usually best loved because it allows more creativity to grow.

And I always belief the more we play with our child, the easier it will be to teach him/her. She will trust us not only as someone to go to for physical needs (like bathing and feeding time), but also as her main play companion (for now) and story teller (now and especially later), which means it will be easier to selit good messages, understanding of akidah, faith and belief. Starting with simple stories and doing more of conversing as she understands more, story sharing is the best method of bonding after nursing!

So any other good games and toys you enjoy with your child? Do share! 

P/s: One that does not involve expensive doll houses, barbie toys and expensive mini toy kitchen, huhu.

True!

A post on FB:

Saya sudah nampak sendiri di depan mata saya, bagaimana perangai kanak - kanak yang dibesarkan dengan kasih sayang sangat berbeza dengan perangai kanak - kanak yang dibesarkan dengan herdikan, ditakut-takutkan dan sering dimarah out of proportion. Sangat berbeza!

Wahai para isteri dan ibu, memang bukanlah mudah untuk mengubah the vicious cycle. Kalau sedari kecil kita dibiasakan dengan kemewahan dan dimanjakan, lalu selepas berkahwin kita hidup susah dan perlu buat sendiri semua perkara - inilah jihad terbesar kita, untuk mengubah cara hidup dan mengajar anak berdikari, jangan dimanjakan macam kita dulu. 

Kalau sedari kecil kita dibiasakan dengan dimarahi, dipukul dan ditakut-takutkan oleh ibu/bapa yang garang, lalu selepas berkahwin kita perlu mengajar anak dengan kelembutan dan kasih sayang yang mana kita sendiri tidak pernah merasainya - inilah perubahan terbesar yang kita perlu lakukan untuk stop the vicious cycle, memang sukar! 

Kita belajar untuk berkorban jiwa dan perasaan agar hasilnya dapat melahirkan anak - anak yang sihat fizikal, minda, emosi dan rohani. Itulah jihad seorang ibu...

Biarlah orang lain meremehkan usaha kita "eleh takkan itupun susah!", biarlah orang lain tak mengerti kesusahan kita untuk berubah. Yang penting, ALLAH yang Maha Mengetahui dan Dialah Sebaik - baik Pemerhati dan Penilai. Biarlah Allah yang menjadi saksi di atas usaha kita. Asalkan kita memang berusaha dengan IKHLAS dan tidak mengharapkan keredhaan sesiapapun ( walaupun suami sendiri ) kecualiNYA.

Blog contents © A Place To Call Home 2010. Blogger Theme by NymFont.