True!
Wednesday, 4 July 2012A post on FB:
Saya sudah nampak sendiri di depan mata saya, bagaimana perangai kanak - kanak yang dibesarkan dengan kasih sayang sangat berbeza dengan perangai kanak - kanak yang dibesarkan dengan herdikan, ditakut-takutkan dan sering dimarah out of proportion. Sangat berbeza!
Wahai para isteri dan ibu, memang bukanlah mudah untuk mengubah the vicious cycle. Kalau sedari kecil kita dibiasakan dengan kemewahan dan dimanjakan, lalu selepas berkahwin kita hidup susah dan perlu buat sendiri semua perkara - inilah jihad terbesar kita, untuk mengubah cara hidup dan mengajar anak berdikari, jangan dimanjakan macam kita dulu.
Kalau sedari kecil kita dibiasakan dengan dimarahi, dipukul dan ditakut-takutkan oleh ibu/bapa yang garang, lalu selepas berkahwin kita perlu mengajar anak dengan kelembutan dan kasih sayang yang mana kita sendiri tidak pernah merasainya - inilah perubahan terbesar yang kita perlu lakukan untuk stop the vicious cycle, memang sukar!
Kita belajar untuk berkorban jiwa dan perasaan agar hasilnya dapat melahirkan anak - anak yang sihat fizikal, minda, emosi dan rohani. Itulah jihad seorang ibu...
Biarlah orang lain meremehkan usaha kita "eleh takkan itupun susah!", biarlah orang lain tak mengerti kesusahan kita untuk berubah. Yang penting, ALLAH yang Maha Mengetahui dan Dialah Sebaik - baik Pemerhati dan Penilai. Biarlah Allah yang menjadi saksi di atas usaha kita. Asalkan kita memang berusaha dengan IKHLAS dan tidak mengharapkan keredhaan sesiapapun ( walaupun suami sendiri ) kecualiNYA.
4 comments:
Assalam fathin, minta izin copy and share boleh? :)
fathin..mst hg lembut je ngan airin ye..cmne nk tahan sabar ngan anak2 ye..kdg2 tu smpai menangis sorg2 sbb penat sgt..huhu
Huda : waalaikumussalam, sure, go ahead :)
Linda : Linda, mmg susah sebnarnya, especially time kita penat (tambah pula dgn baby sorang lg kan!), dan takde partner nk tlg. Tp insyaAllah, tulah jihadnyakan, bila kita practice, amalkan kesabaran tu, it will pay off. Satu yg kita kena slalu remind ourself ialah kita sebenarnya kena anggap anak2 kecil tu mcm org dewasa, tapi bg peluang kat dia mcm kanak2. Maksud layan mcm org dewasa tu ialah kita kena bagi hak dia sebagaimana kita bg hak kat org dewasa. Contohnya kalau dia nak buat something and kita tak bagi, tak boleh kata No je, atau ambil dari dia, just because kita lagi kuat dr dia. Mcm kita cakap/deal dgn org dewasa, kita kena explain kat dia kenapa tak boleh/tak elok, bercerita sebab2 walaupun kita rasa mcm dia tak faham dan lagi senang kerja kalau kita ambil barang tu (cthnya) dan marah je. Senang cerita kdg2 kita treat dia mcm 'separuh' manusia, just because dia tak blh buat apa2 kat kita kan, huhu. Bila kita 'tak respect' dia mcmtu, dia blh jadi confuse dan lg senang nak memberontak. Pendek kata kena rajin berceritalah dgn dia, tanya dia, dia nak ke kalau jatuh, nanti sakit takleh jalan, atau nanti sakit perut. Atau apa2lah yg dia dah faham. Lama2 nnt dia sendiri akan taknak. Dan kena bagi pluang kat dia kalau dia buat jgk sbb nature bdk2 mmg curious, bukan degil sebnarnya. Hati dia lembut lg sebnarnya, lg lembut dr hati kita. Kita je kena pandai pujuk. Kena banyak puji dia, sentuhan tu apatah lg, slalu cuddle2. Kita terlepas marah tu mmg ada,tp kena cepat2 sedarkan diri n minta maaf kat dia and pujuk dia blk. Huhu kita slalu teringat Prof Muhaya kata, kita ni dah berpuluh tahun hidup kat dunia, kulit, rambut, dh berapa kali bertukar, tulang membesar sume, tp kita blh je lg derhaka kat Allah. Tapi anak2 kita baru hidup dua tahun, bila dia taknak dgr cakap kita kita dh marah2 herdik2. Sama2lah kita kena ciptakan suasana happy je utk dia, tp cuba jgn guna music tv, buat suasana sendri, mainan sendri yg kita je share ngan dia.. bdk2 kalau environment happy dia susah nak buat hal/tantrum. sebab yg dia nak cuma perhatian kita.
itulah kan..kdg2 dh mrh kat zara pastu br tigt..kesian..haih..kne wat mcm hang suggest..sgt kne bykkkk bersabar :)
Post a Comment