Menanam Akidah Anak Part 1&2
Sunday, 8 July 2012
Enjoying semester break now, I hope I manage to use some free time in a beneficial way.
Here are excerpts of Akidah dalam Rumahtangga Muslim (Part 1&2).
Of course, you need to listen to the talk to experience what I experienced as I wrote this down. Plus the fact that its taken from a conversation, some words might be repeating and not very smooth to be read. Bear with me ye!
Bismillahirrahmanirrahim.
Apakah itu Akidah?
Dalam Surah Ibrahim ayat 24, Allah telah buat perumpaan yang sangat-sangat indah dan mudah untuk difahami perbandingannya.
Apakah kamu tidak melihat Allah mendatangkan sebuah perumpamaan bahawa kalimah yang baik itu umpama pokok yang sangat indah, di mana akarnya sangat teguh tertanam di muka bumi, adapun cabangnya terus naik sehingga ke langit. Pohon yang rendang ini sentiasa menurunkan /memberi buah-buahan hasil makanan dengan izin Allah dan Allah mendatangkan perumpamaan ini kepada manusia, mudah-mudahan manusia berfikir. Dan Allah mendatangkan perumpamaan kalimah yang jahat dan buruk itu sepertimana pokok yang sangat buruk malah tercabut akar-akarnya di permukaan bumi dan tidaklah ia berdiri teguh.
Kalimah yang dimaksudkan disini ialah kalimah tauhid, ‘Lailahaillallah’, yakni akidah.
Kita seringkali menyebut kita ingin agar diri kita, anak-anak kita, menjadi orang yang menyumbang, berbuat baik, bermanfaat pada orang lain. Tapi apa sebenarnya yang menjadi akar yang paling teguh untuk menjadikan kita dan anak-anak kita sebagai manusia yang bermanfaat pada orang lain? Akar yang paling utama ialah akidah dalam hati kita. Sepertimana perumpamaan yang Allah beri, keteguhan akidah dalam hati anak-anak inilah yang akan menjadikan seorang anak itu bagaikan pohon rendang bermanfaat untuk orang lain, serta menurunkan buah-buahan yang yang manis untuk orang lain. Manakala kelemahan akidah tauhid seumpama pohon yang tidak berbuah, kalaupun berbuah memberi buah yang busuk, akarnya tercabut, itulah anak kita ditengah masyarakat. Dikala kita hilang sesuatu mana mungkin kita boleh memberi pada orang lain.
Menanam Akidah Sejak Kecil?
Tanamlah akidah sejak dari kecil lagi, kerana fitrah anak kecil masih murni, dan fitrah manusia adalah fitrah ketuhanan, fitrah mengaku Allah itu Tuhannya. Maka senang hendak ditanamkan akidah.
Namun menurut Imam al-Ghazali, menanam akidah ini perlu pada bentuk penghuraian dari al-Quran dan hadis, ia adalah pendekatan yang lebih baik dari kita fikir cara kita sendiri.
Contohnya di waktu hujan, atau di masa anak kita sedang dalam kesusahan, kita boleh menceritakan ayat Allah ini, Surah An-Naml ayat 59 onwards.
Bincang dengan anam-anak dalam bentuk pertanyaan. “Tengok anak-anak langit dan bumi, siapa yang buat ni? Siapa yang turunkan hujan, yang tumbuhkan pokok?” Pastinya anak-anak akan menjawab, “Allah..” Lalu kita bertanya lagi, “Ada orang lain/benda lain tak yang boleh turunkan hujan bila-bila masa, boleh tumbuhkan pokok, buat gunung ganang?” Sudah tentu mereka kata "Tidak..". Dan disinilah kita sambung, “Tapi, walaupun semua orang tahu Allah yang buat semua ini, Allah tumbuhkan pokok, Allah cipta segala-galanya, masih ramai yang ingkar pada Allah. Tak nak mengakui kebesaran, dan patuh tunduk pada suruhannya. Mudah-mudahan kita tak jadi orang macamtu.”
Kesimpulannya, tengok pada method mengajar dalam al-quran, antaranya bertanya dan menjawab.
Lima Perkara Dasar dalam Menanam Akidah Anak-anak Dari Kecil
Tarbiyyah akidah anak-anak adalah terbaik ditanam dari kecil. Ini adalah manhaj (manhaj menurut bahasa ertinya jalan yang jelas dan terang) Rasulullah dalam mendidik anak-anak.
Sekurang-kurangnya ada lima perkara dasar dalam menanam akidah anak-anak:
1. Menanam kalimah tauhid ‘lailahaillallah’
2. Menanam rasa cinta pada Allah, rasa diawasi olehNya, tempat meminta pertolongan, dan beriman pada ketentuan qadha dan qadarNya
3. Mencintai nabi dan keluarganya
4. Mengajar al-quran
5. Menanam akidah yang kuat dan kesanggupan berkorban kerana akidah tersebut
Kaedah Mendidik Anak-anak Dengan Akidah Mengikut Cara Rasulullah
Point #1 (1) Beri hafalan/hafazan - sangat penting, antara fungsinya ialah latihan untuk mudah ingat. (2) Beri kefahaman ayat itu (3) Tanam keyakinan pada ayat itu.
– kefahaman sebenar pada hafalan itu akan datang kemudian masa dia membesar. Yang penting ajar hafazan dahulu.
1. Tanam Kalimah Tauhid
Ajar Rasulullah saw pada anak-anak kaum Bani Hasyim, “Ajarkan kalimah ‘lailahaillallah’ sebagai kalimah pertama seawal pandai berbicara dan tentukan mereka menyebutnya ketika mati,”.
2. Hafalan ayat Quran/hadis Nabi
Suatu kisah yang sangat besar implikasinya dalam didikan anak-anak:
Rasulullah pernah mendatangi seorang budak kecil, Abdullah ibnu Abbas r.a. dan berkata “Wahai anak kecil, mari aku ajarkan kamu beberapa perkataan,
Ihfazillah Yahfazka
“Jagalah Allah, Allah akan menjagamu”
Maksudnya, “Kamu jagalah Allah, pelihara hak Allah, titah perintah Allah, Allah akan pelihara kamu sepanjang hidup kamu.”
Benar, bila kita mula berlonggar dengan arahan Allah, mula buat sedikit demi sedikit maksiat, lama-lama akan terbuka pintu maksiat yang lain, makin jauh dari Allah dan mengikut nafsu. Orang yang tidak sungguh-sungguh jaga hukum Allah, dia akan terlepas dari jagaan Allah (merosakkan diri sendiri)
Kebenaran amalan ini dirasakan sendiri oleh ustazah. Pernah suatu ketika, dalam perjalanan pulang dengan anak nya, dalam jam 2 petang, ustazah bimbang jalan mungkin agak jam lalu mengajak anaknya berhenti solat di R n R, namun anaknya berkata sempat ni solat dirumah. Selepas memujuk dan dalam keadaan tidak bersetuju ustazah bawa juga anaknya berhenti solat. Selepas solat mereka singgah di suatu kedai dan ketika anaknya melintas jalan berseorangan ke keretanya dalam keadaan nak hujan ribut, anaknya nyaris-nyaris dilanggar lori. Sungguh-sungguh ustazah ingat anaknya dah dilanggar, tetapi tidak. Dalam keadaan pucat, anaknya masuk kereta dan berkata, “benarlah Ummi, Ihfazillah Yahfazka. Kita jaga hak Allah, solat, Allah pelihara kita.”
Subhanallah, kita sebagai ibubapa, hanya boleh mengajarkan dan suruh hafaz, makna nya kelak akan Allah ungkap sedikit demi sedikit.
3. Ajarkan Sirah Nabi
Ada suatu cerita oleh seorang ulama Abu Hasan An Nasai, cerita bagaimana dia sangat cinta membaca cerita, sirah-sirah nabi semasa kecilnya, di umur 9 tahun dia sudah terlalu ingin mendapatkan buku-buku sirah dan tidak puas membacanya, sehinggakan ibunya sanggup bergadai harta semata-mata untuk membelikannya buku sirah Nabi. Dan di usia sekecil itu sungguh selalu air matanya berderaian ketika dia membaca cerita Nabi, dan berasa seolah-olah dia berada bersama Rasulullah saw dan sahabat-sahabat baginda setiap kali membaca, dan begitulah dia membesar sehingga menjadi seorang ulama yang hebat. Melalui cerita-cerita sirah dan peribadi Nabi dia menjadi sangat cinta pada Nabi. Sudah pasti semua manusia juga begitu, atas rahmat mulianya peribadi Nabi. Namun kita sekarang, sudahkah kita tanam rasa cinta kepada Nabi pada anak-anak kita dengan menceritakan tentang nabi? Sungguh benar, tak kenal, maka tak cinta. Kita tidak akan dapat merasai kemanisan hubungan Nabi dengan kita, umatnya yang baginda Nabi amat cintai, selagimana kita tidak mendalami sirahnya dan ‘mengenalinya'.
Sewaktu anak kita masih kecil ini, kita masih mempunyai masa untuk memulakannya. Mana mungkin kita dapat alirkan rasa kasih itu sekiranya kita sendiri tidak merasainya, kerana kita tidak cuba menghayatinya. Action plan : dapatkan satu buku sirah, dan luangkan sedikit masa setiap hari. Kalau satu hari 2 muka surat pun, dalam 2 tahun, by the time anak berumur 4/5 tahun, kita telah bersedia untuk mengisi mindanya dengan kisah-kisah mulia hidup Rasulullah saw, ahli keluarga dan sahabat baginda. Betapa beruntungnya kita dibandingkan dengan ibu-ibu yang sudah ada anak remaja yang sudah mula liat hatinya (seperti kita dahulu) kerana tidak di biasakan.
Lain-lain kisah
Sahabat Nabi Amru berkata kepada isterinya, “Janganlah kamu susukan anak seperti binatang yang menyusukan anak, yang didorong oleh rasa kasih pada anak-anak, akan tetapi, susuilah anak dengan mengharap pahala dari Allah dan agar dia hidup melalu penyusuanmu itu sebagai hamba yang mentauhidkan Allah dan menyembah Allah.”
Susukan dia dengan doa, niat, harapan bahawa hidupnya itu sentiasa untuk mengabdikan diri kepada Allah.
Sangat terasa dengan kata-kata ini!
Sangat terasa dengan kata-kata ini!
Sabda Rasulullah, “Janganlah kamu angkat rotan terhadap keluargamu tapi tanamkanlah rasa takut kepada Allah pada diri mereka.”
Soal-jawab : Ibu senang hendak marah, bercakap kasar
Nabi telah menggariskan sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pendidik (ibubapa/guru):
1. Tabah dan sabar
Sabda Nabi : “Sesungguhnya pada dirimu ada dua sifat yang amat disukai Allah yakni sabar dan tabah” (Imam Muslim)
2. Lemah lembut dan tidak kasar
Sabda Nabi: “Allah itu Maha Lembut dan suka terhadap kelembutan dalam segala urusan”
3. Hati yang Penyayang
4. Mengambil yang paling ringan dari dua hal selagimana hal itu tidak berdosa
5. Lunak dan flexible
6. Menjauhi sifat marah
- ustazah berpendapat, jika kita mempunyai sifat marah, sebenarnya ada sesuatu pada persekitaran, tekanan tak menentu yang menyebabkan kita mudah naik darah. Ambil masa sekejap dari rutin harian untuk berfikir punca marah kita ini dan bagaimana penyelesaiannya.
Apabila kita marah, sebenarnya apa yang kita nak sampaikan pada anak itu tidak akan sampai. Psychology anak-anak memang macamtu. Jadi mesej kita tidak sampai. Bagaimana untuk tahu marah yang baik atau tidak? Marah yang tidak baik akan mendatangkan keluh-kesah pada kita, penyesalan yang kita sudah berlebihan dalam memarahi. Manakala marah yang baik, yang terkawal akan membuatkan kita rasa kita sudah tunaikan hak yang sepatutnya (tidak menyesal).
Latihan untuk kawal marah?
Ingatkan diri kita bahawa apa yang kita nak pada anak-anak tidak akan sampai bila kita marah. Kerana bila kita tidak boleh kawal diri sendiri (bila kita marah berlebihan kita akan kelihatan seperti orang yang tidak dapat mengawal diri) mana mungkin kita boleh kawal orang lain. Anak-anak yang lebih besar akan nampak kenyataan ini dan menyebabkan mereka hilang respect dan teguran/marah kita itu tidak akan terkesan.
Sokongan pasangan dan juga anak-anak. Pesan pada suami supaya tegur kita bila kita marah pada anak-anak. Begitu juga pesan pada anak-anak “Ummi sebenarnya tak suka marah-marah. Bila ummi marah, tolong ingatkan ummi ‘ummi, nabi kata la targhab, la targhab, la targhab (jangan marah)’
Penutup
Buat ibu muda, ustazah berpesan. Imam al-Ghazali dalam kita Ulumuddin menceritakan bagaimana dia ketika kecilnya sering melihat ayah saudaranya bangun solat malam. Pada usianya 3 tahun, ayah saudaranya itu bertanya padanya, “macammana nak ingat Allah” lalu ayah saudaranya mengajarnya "setiap malam sebelum kamu tidur kamu katalah begini, bukan kata dengan lidah, tetapi katalah dalam hati, “Allah bersamaku, Allah memperhatikanku, Allah menyaksikanku,” tiga kali sebelum tidur." Pada waktu ini imam al ghazali cuma 3 tahun! Dan seterusnya ayah saudaranya menyuruhnya mengulanginya 7x bila dia besar sedikit. Dan kata Imam Ghazali sehinggalah dia besar mengamalkan ini dan dia rasa kemanisan setiap kali dia mengatakannya sehinggalah dia mati.
Sebenarnya anak kecil amat gembira bila kita mengajarkannya sesuatu yang baru, dan akan bertanya-tanya lagi, “Allah bersamaku, Allah apa lagi ummi-?” Begitu seronok dan terujanya mereka. Apatah lagi bila kita sertakan dengan kata pujian dan sayang.
Salah kita sebenarnya kerana kita tidak memprogramkan anak-anak dengan manhaj Allah, sedang kita sudah tahu kesyumulan, betapa perfectnya, islam, dan bagaimana ianya tanggungjawab kita untuk membentuk mereka! Tinggal lagi.. kita perlu mencari ilmu mengenainya, istiqamah dan bersabar dengannya, dan doa yang tidak putus, kerana janganlah kita pudar sedikit pun keyakinan pada makbulnya doa seorang ibu.
Salah kita sebenarnya kerana kita tidak memprogramkan anak-anak dengan manhaj Allah, sedang kita sudah tahu kesyumulan, betapa perfectnya, islam, dan bagaimana ianya tanggungjawab kita untuk membentuk mereka! Tinggal lagi.. kita perlu mencari ilmu mengenainya, istiqamah dan bersabar dengannya, dan doa yang tidak putus, kerana janganlah kita pudar sedikit pun keyakinan pada makbulnya doa seorang ibu.
..Ya Allah, permudahkanlah kami.
1 comments:
Artikel yang membuka minda.. bukan mudah nak menanam sikap yang baik pada anak2 tapi jika bermula dari awal.. InsyaAllah ia akan jadi sebati.
Terima kasih kerana mengingatkan..
Post a Comment