Starting to Read #2
Sunday, 3 March 2013Sharing a very interesting article from a question and answer session I found at http://cepatmembaca.blogspot.com.
The questions we parents usually have, kan?
Jom kita share some favourite questions from parents.
1. Nak ajar membaca BM ke BI dulu?
Jawapan: Ajar anak membaca dalam bahasa ibunda (first language at home). Menguasai kemahiran membaca akan menjadi mudah dalam bahasa yang tidak asing. Walau bagaimana pun, ibubapa boleh menggunakan lebih daripada 1 bahasa untuk berinteraksi.
2. Boleh tak anak belajar membaca BM & BI serentak?
Jawapan: Ya sekiranya anak berumur 6 tahun ke atas. However kena define the class. Beritahu anak, "Sekarang ibu nak ajar BM, " atau "Now we are going to learn English."
3. Ok ke anak tak tau abc(ei, bi,si) bila belajar fonik atau bunyi huruf?
Jawapan: Very ok. Walaupun kita tak ajar nama huruf, abc..z(ei, bi, si... zed), kita masih ajar bentuk dan rupa huruf.
Melalui pengalaman kami, kalau tak tau abc, lagi baik. Lagi senang ajar membaca. Lagi anak tak keliru. Bagi kanak-kanak fonik, kalau guru/ibubapa sebut /bi/, dia tahu ia adalah 'b' dan 'i' bukan semata-mata huruf 'b'. Kanak-kanak yang tahu abc selalu keliru 'b' dengan 'bi', 'c' dengan 'si', 'g' dengan 'ji'. They make a lot of spelling mistakes.
Anyways kami cadang, ajar anak nama huruf abc(ei, bi, si) setelah anak lancar membaca. Just point to the letter and say "Bunyi /b/ ni namanya 'bi'."
Jangan sekali-kali suruh mereka membatang dan mengeja perkataan, sebagai contoh, 'em(m)....ei(a),
ma. Ti(t) ... ei(a), ta. Ma ...ta because anak kita sudah lancar membaca dengan menggabung bunyi.
4. Nak ajar huruf kecil dan huruf besar serentak ke?
Jawapan: Pada peringkat awal, ajar anak membaca menggunakan huruf kecil sahaja kerana huruf kecil paling kerap digunakan dalam teks bacaan. Huruf besar digunakan pada permulaan ayat dan nama khas sahaja. Bacalah Anakku menggunakan huruf kecil dalam Buku 1-5, huruf besar Buku 6-8. Readeasy pula menggunakan huruf kecil dalam Buku 1-6 dan huruf besar diperkenalkan dalam Buku 7 dan 8.
5. Macam mana anak mengeja dan menulis kalau tak tau abc?
Jawapan: Kanak-kanak fonik tahu mengeja dan menulis kerana mereka masih membaca dengan menghubung kaitkan bunyi dengan bentuk huruf. Walau bagaimanapun pada peringkat awal, mereka mengeja dengan menyebut bunyi. Sebagai contoh mereka akan mengeja 'masin' dengan menyebut
/mm/, /aa/, /ss/, /ii/, /nn/, masin.
Untuk penulisan, mereka hebat menulis kerana kanak-kanak fonik tidak keliru dengan nama huruf yang bunyinya sama dengan bunyi suku kata(i.e. nama huruf 'b' sama dengan suku kata 'bi'). Sesetengah kanak-kanak fonik menulis dengan sendiri kerana mereka dapat mengait bunyi dengan bentuk huruf dengan begitu baik.
Bersambung...
0 comments:
Post a Comment