Fitrah Yang Satu Ini


Senantiasa manusia itu merasa memerlukan. Memerlukan sesuatu.
Semasa bayi, memerlukan ibu nya. Memerlukan orang untuk memegangnya setiap masa.
Semasa kanak-kanak, memerlukan perhatian, orang untuk bermain dan berbual dengannya.
Semasa remaja, memerlukan seseorang untuk mendampingi dan memahami kecelaruan perasaannya.
Kesinambungannya, merasa memerlukan kasih sayang yang jitu, lalu dihadirkan pasangan dan anak-anak.
Seeolahnya itu.
Merasa terisi fitrah manusia yang satu itu.

Namun tiba saatnya,
Hati ini masih meronta.
Kosong yang menggema.
Bagai diruntun merayu-rayu.
Hati merintih masih merindukan yang suatu itu.

Apakan daya
Malu sungguh untuk menyatakannya
Hina sungguh diri ini terasa menyebutnya
Sungguhnya aku tidak layak
Pada suatu yang terlalu Agung.
Namun
Bagaimana lagi hendak ku nafikan
Kosongnya aku selama ini
Runtunnya hati mencari-cari
Tertipu aku dengan dunia

Rupanya
Rindunya aku itu
Pada Kasih Sayang Mu,
Rahmat Mu,
Redha Mu.
Pencipta Yang Maha Agung.

Sungguh
Aku rindukan itu.
Masih belum ku kenal erti tarbiyah
yang bunyinya sungguh indah pada ku.
Tapi ku yakin sungguh
sebagaimana yakinnya aku pada kewujudanku
sebagaimana peritnya dahaga yang cuba kutahan ini.
Rinduku rupanya pada yang satu itu.

Syukur ku telah dewasa kini
Kerana
Kini Ku tahu apa yang ku cari.

Sesungguhnya Allah itu dekat
Dapat kurasakan
Lebih dekat pada urat  tengkuk ku.
Subhanallah.

0 comments:

Post a Comment

Blog contents © A Place To Call Home 2010. Blogger Theme by NymFont.