Hati-hatilah, anak itu cerminan ibu bapa


I am so thankful I can still hold on to the feeling I had of the seminar by listening to ustazah’s audio CD. Rasa macam dalam hall lagi, mengutip mutiara kata ustazah.

What I listen to this morning:


Suasana Hati Kita

Ibu bapa, apa yang kita beri, suasana hati kita, sangat mempengaruhi hati anak-anak. 
Hati kita yang lembut dengan anak, hati yang penuh kemaafan, penuh dengan kasih sayang.

Kita tengok anak kita yang menyakitkan dengan kita, tapi hati kita lembut untuk cakap dengan baik, untuk maafkan dia, kelembutan kita itu akan terbias pada hati anak-anak. Akhirnya suatu hari anak akan tengok, masyaAllah, dia akan nampak, Ibu dia ada satu kawalan diri yang sangat hebat, yang sungguh mahal harganya jiwa ibu nya itu.

Ibu yang istiqamah berlembut hati, dengan bacaan al-quran, selawat.

Apabila berjumpa dengan anak, dengan renungan mata kita - aura itu sampai pada anak, akan bancuh balik jiwa anak-anak tersebut.

Kini, ada ibu bapa yang tengok anak pun tak sempat. Balik rumah, sambil mencari-cari kunci dalam bag, bagi arahan, “haa solat, solat”. Di meja makan, menghadap anak, tetapi sibuk dengan telefon. Apatah lagi untuk merenung, membelai anak-anak dengan kelembutan. Diberitahu juga kisah kawan ustazah seorang pendakwah yang anaknya ramai, katanya apabila dia di rumah, hampir tiada masanya untuk dia berseorangan berehat, kerana setiap minit akan bergilir-gilir anaknya dipeluk dipangkuannya. Itulah waktu rehatnya. Bagaimana hendak terasa aura ibu bapa, jika melihat anak pun tak sempat?


Anak-anak cerminan Ibubapa

Kita sering melihat anak-anak yang ‘berbuat perangai’ di kedai. Mengamuk nak kan sesuatu sehingga dia dapat. Memang sakit sungguh hati ibu bapa. 
Sebenarnya, secara sangat halus Allah menyindir si ibu. Kita jengkel  tengok anak buat perangai macamtu, sebenarnya kita macam tu lah. Kita pun sama. Apa sahaja yang nafsu kita nak, kita akan pastikan nafsu tu dapat. Bukan dengan cara tergolek-golek di kedai lah, tetapi, apa yang nafsu kita inginkan, kita akan ikhtiar juga sehingga dapat, dengan cara kita, sehingga nafsu itu dituruti. *gulp*
Suatu hari, bila kita dah boleh kawal nafsu kita dengan baik, mujahadah dengan baik, kita tengok, anak kita pun dah pandai kawal dirinya.

-------------------------------------------------------------------------------------

I also remembered one thing Prof Muhaya said in relation to this.

"Apabila pesakit saya yang datang ke klinik, datang sekeluarga ibu ayah dan anak-anak, dalam masa 5 minit berjumpa dan bercakap dengan mereka, saya sudah tahu, dalam masa 25 tahun, ibu ini lah yang akan telefon IKIM dan tanya, “ustaz macamana nak buat ni ustaz, anak saya degil, tak nak solat..” Kerana, dari pakaian si ibu yang tak menutup auratnya, dari percakapannya. Itulah buah hasil dia akan dapat 25 tahun akan datang."

It is a daring statement, but it came from someone with a lot of experience for sure. 

This is for me too, for all of us, anak-anak kita nanti, akan membesar sebagaimana dia lihat kita berkelakuan, dan dalam hatinya, terbias apa yang dalam hati kita. Subhanallah.

Maybe I can relate a bit. Kakak is that stage where she doesn’t allow anybody to speak except to her. Whenever her abi and I speaks, she will speak too, louder and louder to the point of shouting, it does not matter what she’s saying, until we pay attention to her. Usually we have to ask for her permission to speak to one another. Or more usually I will scold her to stop shouting. (tak sabar T.T)

Looking more carefully now, that is probably me. 
Always wanting attention from Abi when I speak. I will get mad when he interrupts with things other than what I am talking about (Tiba-tiba tengah best cerita, he'd say, “Yang, tolong ambil tu” and I’d be so annoyed – terukkan?)
Always wanting attention from Abi all the time. I will feel that tiny bit (err usually a lot) of jealousy when he is doing other things like watching TV or spending time with his brother (who lives with us) lama-lama. Sampai macam tu sekali! 

And ta-daa, that is Kakak’s currently only annoying habit. Subhanallah, Allah nak tunjuk.

And so this is my mujahadah. Not to correct Kakak, but to correct myself!

--------------------------------------------------------------------------------

Another peringatan from Ustazah which keeps  playing in my mind is:

“Anak-anak ini, dia tak jadi ingkar, jauh dari Allah dalam sekelip mata. Tidak. Jika suatu hari di usianya 14 tahun kita dapati dia liat untuk solat, percayalah, itu bukanlah pertama kali dia tidak solat. Bukan tiba-tiba dia tidak mahu solat. Akan tetapi, itu adalah buah hasil dari bertahun-tahun akidah yang longgar. Yang kita tidak awasi. Dalam perjalan hidupnya, jikalau ada walaupun satu tempoh seperti satu tahun yang kita lalai dari menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa, dek kerana sibuk dan sebagainya, awas lah, suatu hari nanti, itulah hasil yang kita akan dapat.”

This is what scares me, and motivates me, to turn on Quranic verse for them, or at least cerita kan satu kisah nabi, or read aloud doa nak jadi anak solehah to them, every night. The few precious hours I have with them.

Aku takut Ya Allah, aku tak mahu jadi ibu bapa yang lalai. Even terlalai terlupa sekejap pun anak-anak boleh hanyut dalam dunia ni. Dalam masa yang sama kena sentiasa tengok balik hati kita. Sebab orang tak tahu, tapi Allah tahu.

Aku yang tidak punya apa-apa ini.

Wahai Allah, Tuhan Yg Maha Hidup,Yg Maha Menguruskan Segalanya, dengan rahmatMu aku merayu pertolongan. Perbaikilah segala urusan hidupku dan janganlah Engkau serahkan diriku pada aku sendiri walau sekadar sekelip mata.

Seminar Ustazah Norhafizah

I have been thinking of how to start this post. 
No words, I felt, can justly represent what it was. To say I have came out of the hall a changed person inside, perhaps that could best describe it.
Allahuakbar. Alhamdulillah.

I was thinking of jotting down the anecdotes of the day here, or why it was so special and yet the 'could-have-been's that we humans will always come up with. But in the end, I knew I will never be able to fairly put it into words. All the small parts of everything makes up an experience that Allah has planned for us, for me, with His Hikmah. All I can think is, how blessed I am to be able to attend the workshop. I was looking for strength, and that is exactly what it was.

As in the radio, she is exactly that special and more. Memang Allah kurniakan kelebihan pada Ustazah, berkat kesabarannya, which I now understand. 
Just to share Ustazah's most lingering word. 

Ingatlah, sesungguhnya kita ini.. tidak punya apa-apa. Peganglah tangan kita, itu bukan tangan kita. Peluklah tubuh kita. Itu bukan milik kita. Itu Allah punya. Semua yang kita miliki, Allah yang punya. Suami, anak-anak, harta-benda. Allah yang punya. 
Kita tidak ada apa-apa pun.
Yang kita ada, cuma amalan kita.. yang Lilla hi ta'aala.
Lihat balik, sebanyak mana dah amalan kita yang kita buat, Lilla hi ta'ala? Yang kita buat, Hanya kerana Allah?
T_T

Yes, there was a lot of those. Hati ini yang selalu rasa sakit bila menangis, kadangkala begitu payah hendak keluar, kini terasa ringan. Mujahadah lah wahai diri, yang tiada apa-apa.

It sure change a lot, of how I see things now. Bi iznillah.

Ana uhibbuki fillah.. saya sayang Ustazah kerana Allah!
They are having the same seminar on March 17th. Please try to make it if you know in your hearts you need something so badly but you don't know how to achieve it. But you must badly want it first.
http://www.facebook.com/pages/Ustazah-Norhafizah-Musa-Official/320932057943957?fref=ts

There is also a CD compilation of Ustazah's Usrati slots that I bought. Just let me know if you are interested, maybe there is a way of passing it to you!
If you want to try to listen to her talk, just email me at sh_adlina@yahoo.com and I'll send you at least one of  her best audio talk. So full of points masyaAllah especially for us mothers.

Ustazah's favourite nasyid, I can still hear her voice as she sings it to us..






Pesta Buku Islam 2013


Had the most wonderful time this morning, as I would at any book sale! Even though the discount were only  mostly 10% pfft, everything was laid out nicely and I get to browse to my heart's content. Although not as many as the last one they had in Putrajaya, choices were aplenty. Plus, mana tak nya, arriving a few minutes before it opened (on its first day), and 'had' to stay there for 5 hours, undisturbed. A miracle, really. Not that many people too, it being a working day. Memang puas hati! Alhamdulillah.

The purchases.

Yay the books I was eyeing for earlier:

Plus these two parenting books:



From the famous authors:
I like his writing because it keeps me in touch with the younger generation, and I really need that
Prof Kamil's way of writing always gets me in the most humbling ways.  Specially enjoyed his Travelog Haji.
Other purchases:
I fell in love with this book.. although I don't think it can be for me anymore :( But perhaps to prepare for my  greatest wish..
About time I  fire up this engine again, what other best way than to follow the ways of the person we love most
Speaking of which, there must be something super special here
Lastly, one of the main purpose of me being here today:
Review : Good to excellent. 
Nice pictures, just enough for story telling. If your child is exposed to some sort of Kisah Nabi, 
he/she will enjoy it, for now he/she can see Firaun coming alive!

Note : Its weird why we have so many books of Kisah Haiwan Teladan Dari Al-Quran compared to Kisah Nabi! They took excerpts of kisah-kisah nabi potong sana-sini because they want to focus the title on the animals  instead. Frustrating.
Still unable to find a nice kisah nabi book with great illustration.

Anyhow the good news is the Book Carnival has just started! Will be on until 3rd March. 
Dewan Cempaka Sari, Presint 3 Putrajaya. 
Ustaz Pahrol Juoi books, Prof Muhaya's books and tudungs, plenty of kitab and sirah books, and many more. Go crazy!


Now to sit down quietly, with eyes open..


Daripada Mu'awiyah (RA): Saya pernah mendengar nabi bersabda: "Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama." [Bukhari dan Muslim]

Perjalananku masih jauh..

Baik and Solehah


Kakak and me, we do lots of talking at night (the start of a life-long talking).

Sirah Nabi

I have started with stories of Nabi, starting with the story of Nabi Musa, which started something like this:

Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang saangat jahat. Nama dia Firaun. Dia ni kaya, banyak duit, tapi dia jahat. Dia kata dia lah raja, dan semua orang kena sembah dia, tak boleh sembah Allah. (Kita kan kena sembah Allah, solat untuk Allah, buat baik untuk Allah, kan? Bukan sembah orang kan? I ask her, to which she nod and say, hmm) Pada satu malam, Firaun ni mimpi, ada seorang baby datang kat dia, pastu baby ni jadi orang besar, pastu baby yang dah besar ni datang kat dia, dan kata, Awak bukan Tuhan, Tuhan tu Allah, kita kena sembah Allah! Dan nak ambil semua harta dia dan nak bunuh dia. Bila Firaun terjaga dia pun takut dan fikir, Siapa baby yang nak datang marah aku ni? Firaun tak tahu baby tu siapa, jadi Firaun pun panggil askar-askar dia dan kata, Askar, pergi masuk kat kampung-kampung dan tunggu.. kalau ada baby lahir je, ada bunyi waaa waaa pergi kat baby tu, dan bunuh dia!" 
and on and on sampailah part Nabi Musa duduk dengan Firaun dan Permaisuri Asiah, dan episod Nabi Musa tarik janggut Firaun.

Another story which we can tell is the long story of Nabi Yusuf. I heard on IKIM that its the most complete story of any Nabi in the Quran. Sejak dari kecil sampai dia besar, and 70 or 80% of the content is in the form of dialogue Allah made for us, to make the story interesting, and there is so much Ibrah we can learn from this story. I have to do some reading to tell this story in the most interesting way.

Bought this at MPH, lengthy stories of almost all 25 rasul

Now beside Kakak's usual request of Ummi, ceritalah fatimah, she would everyday say, Ummi ceritalah nabi baby tu.

Hmm, why do we feel the need to fill in our children with stories like Disney princess and folk tales and bedtime stories so much when Allah has given us the greatest story book, if only we take a little effort..

Akidah

We also love to tell her about syurga and neraka. Last night while spinning the usual tale of keindahan syurga, where whatever she wants will be fulfilled immediately, like - kalau kakak rasa nak makan choki choki kakak kata je, rasa nak makan choki-choki lah, TINGG choki-choki terus depan kakak. She would grin and straight away ask in glee, "Takyah gosok gigi pun ke?" -__-

There will be birds, and sungai fill with susu, and sejuk je macam dalam aircond all the time.
And after all that I'd say, "Best kan syurga, kakak?" and she would do that cute giddy over excited grin for the longest of time (makes me so guilty, I would give anything to ensure you syurga, sayang) and she'd put her face close to mine, and say, "Nak masuk syurga.."

and I'd say, "Tapi.. bukan senang nak masuk syurga tau kakak"
Allah yang akan pilih siapa masuk syurga, siapa tak boleh masuk syurga, pergi neraka api panas tu.
Allah akan letak semua orang kat satu tempat, pastu Allah kata,
Awak.. boleh masuk syurga.. Awak.. takboleh masuk syurga.."

She actually cried and say "Kakak nak masuk syurgaa..."

Kakak nak tahu macam mana Allah pilih?
Allah kata dalam Quran, yang Ummi baca tu, Allah kata..
"Awak.. solehah.. boleh masuk syurga. Awak.. tak solehah.. tak boleh masuk syurga,"

Immediately she smile and say proudly, "Kakak solehah..!!"

"Memang kakak solehah. Sebab tu kakak kena dengar Ummi Abi kata, ikut semua yang Allah suruh, rajin solat, rajin baca alif ba ta.."

A friend, dibesarkan penuh tarbiyah dalam bi'ah solehah said, masa kecil, Ummi Abi dia tak guna perkataan, kena jadi baik.. but instead use the word solehah. Because being baik and solehah is different.

Baik means baik tolong orang, baik tak marah-marah, baik jaga adik.
It doesn't cover.. jangan ambil barang orang bila orang tak nampak, mengelat tak buat kerja betul-betul bila Ummi tak nampak, rajin solat, rajin mengaji untuk pahala.

Baik is explainable, ini baik sebab apa. Ini tak baik sebab apa. People give value to baik. Baik bila orang tengok.

But solehah does not have to be explainable. Solehah is doing something because Allah likes it, and dapat pahala, dapat syurga. As simple as that. Solehah is restraining ourself from not doing something because Allah does not like it, Allah marah. Not because ada orang nampak.

It makes sense to so many things children need to understand in the future.

So whenever our child do something, lets guide it by asking gently, "soleh ke tak soleh, buat macam ni?"
Being soleh is fitrah. 
Start early, they'll understand.

"Ya Allah, ampunkanlah kami atas segala kejahilan dan kekhilafan kami..."

Fitrah Yang Satu Ini


Senantiasa manusia itu merasa memerlukan. Memerlukan sesuatu.
Semasa bayi, memerlukan ibu nya. Memerlukan orang untuk memegangnya setiap masa.
Semasa kanak-kanak, memerlukan perhatian, orang untuk bermain dan berbual dengannya.
Semasa remaja, memerlukan seseorang untuk mendampingi dan memahami kecelaruan perasaannya.
Kesinambungannya, merasa memerlukan kasih sayang yang jitu, lalu dihadirkan pasangan dan anak-anak.
Seeolahnya itu.
Merasa terisi fitrah manusia yang satu itu.

Namun tiba saatnya,
Hati ini masih meronta.
Kosong yang menggema.
Bagai diruntun merayu-rayu.
Hati merintih masih merindukan yang suatu itu.

Apakan daya
Malu sungguh untuk menyatakannya
Hina sungguh diri ini terasa menyebutnya
Sungguhnya aku tidak layak
Pada suatu yang terlalu Agung.
Namun
Bagaimana lagi hendak ku nafikan
Kosongnya aku selama ini
Runtunnya hati mencari-cari
Tertipu aku dengan dunia

Rupanya
Rindunya aku itu
Pada Kasih Sayang Mu,
Rahmat Mu,
Redha Mu.
Pencipta Yang Maha Agung.

Sungguh
Aku rindukan itu.
Masih belum ku kenal erti tarbiyah
yang bunyinya sungguh indah pada ku.
Tapi ku yakin sungguh
sebagaimana yakinnya aku pada kewujudanku
sebagaimana peritnya dahaga yang cuba kutahan ini.
Rinduku rupanya pada yang satu itu.

Syukur ku telah dewasa kini
Kerana
Kini Ku tahu apa yang ku cari.

Sesungguhnya Allah itu dekat
Dapat kurasakan
Lebih dekat pada urat  tengkuk ku.
Subhanallah.

Istighfar

"Bila kita lihat seseorang melakukan dosa, jangan sekali-kali terdetik di hati kita bhw kita lebih baik darinya. Jika kita berfikir begitu, maka kita pastinya lebih buruk darinya. Itu yang agama ajar kita. Dia mungkin lebih dekat dgn ALLAH tanpa kita tahu. Dia mungkin mempunyai hati yg jauh lebih bersih dari kita. Dia mungkin ada 1 kelemahan yg kita nampak, tp kita mungkin ada 50 kelemahan yg org tak nampak.."

(Mufti Ismail Menk)

Astaghfirullahal 'azim..

Blog contents © A Place To Call Home 2010. Blogger Theme by NymFont.