6 Kekuatan Yang Perlu Ada Pada Ibu-bapa/ Pendidik Untuk Mendidik Akhlak Anak-Anak
Sunday, 4 November 2012
1- Kekuatan ILMU: Kekuatan Ilmu pada ibu-bapa paling penting kerana ibu-bapa perlu mendidik dan membimbing dengan ilmu pengetahuan. Kesempurnaan IMAN adalah AKHLAK. Orang yang dekat dengan Rasulullah SAW di akhirat kelak adalah orang-orang yang punya AKHLAK terbaik.. Subhanallah..
2- Kekuatan latihan dan kebiasaan untuk bersifat tawadduk dan Qanaah / penguatkuasaan : Iaitu dengan membiasakan diri dengan sunnah Rasulullah SAW contohnya berwuduk sebelum tidur, solat witir sebelum tidur, solat dhuha, menggosok gigi pada setiap waktu solat ketika berwuduk dan lain-lain... Tapi hari ini dah tak macam dulu, kita biasanya membiarkan anak-anak tidur lewat kerana menonton TV dan sebagainya.
Ustazah menceritakan tentang kisah Hassan Al-Banna dalam menunjukkan contoh tauladan tentang disiplin kepada anaknya.. "Suatu hari Hassan Al-Banna berpesan kepada anaknya yang bernama Wafa' kalau saya tidak tersilap.. 'Wafa..Wafa.. Ayah nak tidur 7 minit saja, nanti selepas 7 minit tolong gerak ayah, ayah ada banyak kerja nak buat'.. Maka anaknya pun ke dapur untuk membuat air dan hanya setelah 10 minit baru dia teringat pesanan ayahnya.. Lalu cepat-cepat dia ke depan dan mendapati ayahnya sudah bangun dan meneruskan kerja-kerjanya.."... Subhanallah Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk menghayati sunnah Rasulullah SAW dan menjadi orang yang pertama mengamalkannya sebelum mengarahkan anak-anak kita untuk melakukannya...
3- Kekuatan Contoh Tauladan: Biarlah akhlak kita memberi nikmat kepada orang lain.
4- Pengawasan/ Observation kepada anak-anak: Terutamanya terhadap akhlak anak-anak, kata Ustazah bagi anak-anak yang Sombong/ tidak belas kasihan/ suka bergaya, penawarnya suruh anak itu cuci tandas, cuci longkang...
5- Kekuatan Penghargaan: Pujian buat anak bersandarkan kepada Allah SWT.. Cthnya "Alhamdulillah mak dapat anak yang soleh/solehah".
6- Tazkiyatun /Penyucian hati: Bila kita banyak membenarkan anak-anak main game, maka ketika solat/ belajar, game itu akan terbayang-bayang.
Dalam kita marah-marahkan orang kafir kita sendiri yang ambik produk (game, movie yang membuka aurat/bersifat kurafat dan syirik mereka dan rosakkan anak-anak kita..
- copied from http://permatahatiibu-rozana.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment