Tarbiyatul Aulad #1
Sunday, 24 June 2012
Let's make this promise everyday.
Let's make it a point to learn something new about tarbiyatul aulad fil islam (pendidikan anak-anak dalam islam) each day!
Our children are growing up too fast, learning hundreds of things everyday, the fact is it is us who are catching up with them. How prepared are we as parents?
Found a good article from this blog too (thank you adik!). I'm sure we have all done it, eventho knowing we should not. This is where perhaps spouse have to help each other. Who says being a parent is easy :) But it's all worth it when we look at the face of our baby girl/boy kan?
-----------------------------------------------------------------------------------------
Konsisten
Konsisten ini sangat penting dalam modifikasi tingkahlaku. Nak buat peneguhan, dendaan, pelenyapan habit dan apa jua tingkahlaku baik yang kita nak wujudkan dalam diri manusia semua boleh guna teknik-teknik psikologi yang ada, tapi jika tak KONSISTEN (ISTIQAMAH) semua teknik pun takkan berjaya. Dalam mendidik anak-anak, displin yang konsisten memberikan mereka rasa perasaan selamat dan stabil. Inkonsistensi pula akan membuatkan anak-anak keliru dan dunia mereka jadi unpredictable.
Contoh tak konsisten yang sering dilakukan ibu bapa :
1) Cakap lain, buat lain- cth: “kalau tak makan sayur tak boleh main basikal”. Tapi bila kita rasa kesian, kita bagi jugak. Patut kena tegas dan konsisten.
2) Buat kenyataan yang kita tak maksudkan- cth: “kalau tak diam, abah berenti kereta, pi jalan kaki balik rumah!”- apa yang kita cakap biar kita benar-benar maksudkan, kalau tak anak tu buat main-main je nanti.
3) Penyataan yang berlebih-lebihan- cth: "tak kemas mainan, tak boleh tengok tv sampai bila-bila" (err..logic ke cakap macamtu)
4) Ubah ‘tidak’ kepada ‘ya'- Ini terutamanya nak diamkan anak-anak yang menjerit-jerit kat kedai. Kalau kita tak mahu belikan mainan tu pada dia.. kena tegas, jangan lepas tu beli pula.
5) Tak check samada anak tu dah buat apa yang disuruh- cth: kita suruh dia kemas katil, terus check, dan lagi baik terus bagi peneguhan pada dia, cth cium atau peluk dia.. jangan tangguh-tangguh.. ini akan buat anak sentiasa ambil serius dengan arahan kita dan rasa dihargai
6) Incongruen/peraturan bercanggah- abah bagi makan askrim, ummi pula tak bagi.. mana satu ni? Patut pasangan kena sama-sama setuju pada satu-satu peraturan dan hormati, jangan remehkan peraturan yang ditetapkan pasangan anda kepada anak.
7) Tak maknakan sesuatu yang dikatakan - anak-anak ni menunggu je bila mak abah dia akan maknakan apa yang mereka kata. Cth : anak dia mencarut, “eippp, abah rotan kang” ..tapi tak buat-buat pun. Esok dia buat lagi.. abah dia cakap yang sama tapi tak buat pun.. jadi kita kena pastikan hukuman yang diperlukan (disini perlunya ilmu), dan bertegas.
8) Respon berbeza pada tingkahlaku yang sama- cth: adik sepahkan bilik, mak tak marah, kakak sepahkan bilik kena marah (ikut mood mak ketika itu, kalau rasa nak marah baru marah. Patut kena konsisten. Siapa pun sepahkan bilik kena marah)
-----------------------------------------------------------------------------------------
Let me urge you once more, let's get this book. I'm starting my reading today!
0 comments:
Post a Comment